Mercedes-Benz Services Malaysia menyediakan Pembiayaan Sewa Beli Agility

By  |  0 Comments

MERC

Mercedes-Benz Services Malaysia telah menyediakan Pembiayaan Sewa Beli Agility bagi para pelanggannya yang bercadang mahu membeli atau menaik taraf kenderaan mereka pada model A-, B-, C-, CLA- dan S-Class. Ia merupakan pelan ansuran sewa beli inovatif pertama kali diperkenalkan bagi menjamin nilai masa depan kendraan penumpang edarannya.

Menurut Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, Hilke Janssen, sejak kemudahan ini diperkenalkan pada tahun 2013 sempena pelancaran Mercedes-Benz E-Class, Mercedes-Ben telah menerima sambutan positif daripada para pelanggan.

Dengan menyediakan ciri fleksibel dan mampu milik Pembiayaan Agility untuk lebih banyak model, Mercedes-Benz Services Malaysia memanfaatkan profil pelanggan yang lebih luas, daripada profesional muda, keluarga dan profesional kanan.

Malah para pelanggan boleh menikmati manfaat Nilai Masa Depan Terjamin (GFV) tanpa tanggungan risiko dan mengawal sepenuhnya keputusan mereka menjelaskan pembiayaan, melanjutkan perjanjian atau mengembalikan kenderaan kepada Mercedes-Benz pada akhir perjanjian.

Ini termasuklah kemudahan untuk mengembalikan kenderaan ditawarkan kepada pelanggan yang mahu menukar Mercedes-Benz mereka dari masa ke semasa tanpa kerenah menjual kereta yang sedia ada.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *