Perodua Axia – Lagi perician didedahkan

By  |  0 Comments

lagi-axia-1

Detik pelancarannya kian menghampiri biar pun pihak Perodua belum memaklumkan bilakah tarikh bersejarah itu bakal berlangsung. Selepas mengumumkan Perodua Axia sudah bersedia menerima tempahan mulai hari ini, beberapa lagi periciannya juga telah didedahkan di Internet termasuk iklan di media cetak.

Hari ini Perodua mula memaparkan iklan promosi Axia di media cetak dan juga laman sosial rasmi FB. Memaparkan gambar Axia dari bahagian sisi belakang model Axia 1.0 G ini. Kelihatan ia dilengkapi dengan rim aloi berjejari-lapan bersaiz 14 inci yang dibaluti dengan tayar Hankook Kinergy ex Eco. Malah pada iklan berkenaan tertera maklumat mengenai jejari pusingan Axia ini iaitu 4.5 meter.

Perodua_Axia_1.0_G_1

Axia memiliki ukuran 3640mm panjang, 1620mm lebar dan 1510mm tinggi. Selain itu, menurut catatan dalam spesifikasinya, penggunaan bahan api untuk model transmisi manual lima kelajuan dan automatik empat kelajuan, jika berada dalam mod pemanduan ECO, manual menawarkan 21.6km bagi setiap liter dan automatik pula 20.1km setiap km. Axia juga dilengkapi dengan stereng berkuasa elektrik (EPS) yang turut menyumbang pada penjimatan bahan apinya.

lagi-axia-2

Kenderaan kompak ini dijanakan oleh enjin 1KR tiga-silinder iaitu berkapasiti 1.0 liter 12-injap DOHC yang mampu menghasilkan kuasa 65 PS pada 5,000 rpm dan tork 87 Nm pada 3,600 rpm.

Malah difahamkan Axia telah menerima pengiktirafan empat bintang daripada ASEAN NCAP selepas melalui ujian pelanggaran di fasiliti PC3 kelolaan MIROS yang terletak di Melaka.

Berikut merupakan spesifikasi bagi keempat-empat varian Axia :

lagi-axia-3

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *