Nissan Sylphy Impul muncul dengan imej yang lebih sporty

By  |  1 Comment

01_Nissan Sylphy_Tuned By IMPUL_Front

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah menambah elemen sporty ke dalam rangkaian produknya menerusi pengenalan model Nissan Sylphy Talaan IMPUL.

Varian baharu ini diperkenalkan selepas pelancaran Sylphy serba baharu ke pasaran Malaysia pada April lalu. Sylphy serba baharu menyertai X-Gear, Grand Livina dan Almera sebagai model yang menerima talaan IMPUL di Malaysia.

IMPUL merupakan sebuah syarikat talaan Nissan dari Jepun yang kaya dengan warisan sukan bermotornya. Ia meningkatkan aspek estetik dan prestasi model-model Nissan melalui aksesori-aksesori yang menerima kejuruteraan IMPUL.

Antara ciri yang menyerlah pada Nissan Sylphy Talaan IMPUL ialah bampar spoiler pada bahagian hadapan dan belakang, skirting sisi serta rim aloi bersaiz 17 inci dengan teknologi rekaan roda terkini. Varian ini 25mm lebih rendah berbanding model standard. Ia juga dilengkapi wing spoiler yang menjadi signatur IMPUL dan berfungsi mengoptimumkan aliran udara.

02_Nissan Sylphy_Tuned By IMPUL_1.8E

IMPUL Sports Springs pula menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih lincah dan responsif, sekali gus menambah elemen sporty ke dalam varian terbabit.

Pengarah ETCM, Dato’ David Chen berkata, “Kami di ETCM teruja untuk memperkenalkan varian Nissan Sylphy talaan lMPUL yang lebih sporty kepada para pelanggan. Dengan karekteristik dan kelincahan yang telah dipertingkatkan, ia pastinya mampu menawarkan pengalaman pemanduan lebih dinamik. Bagi memperkenalkan varian baharu ini kepada orang ramai, Nissan Sylphy Talaan IMPUL akan membuat penampilan di Acara Pandu Uji Awam Sylphy dan Teana yang kami anjurkan di Desa Park City pada hujung minggu ini.”

Sama seperti Teana dan Sylphy serba baharu, Nissan Sylphy Talaan IMPUL boleh dilihat secara dekat serta dipandu uji di Acara Pandu Uji Awam Sylphy dan Teana. Acara tersebut akan diadakan di Car Park 2, Desa Park City pada 16 dan 17 Ogos 2014, bermula dari 10 pagi hingga 10 malam.

Para pengunjung juga boleh menikmati ‘Teana Car Theatre’ (Teater Kereta Teana) untuk merasai sendiri pengalaman sistem bunyi keliling Teana serba baharu. Sistem Audio Premium BOSE dengan sembilan unit pembesar suara itu menawarkan kualiti bunyi yang mengagumkan.

Screen Shot 2014-08-15 at 19.54.16

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq