Volvo mendedahkan Scalable Product Architecture untuk XC90 2015

By  |  0 Comments

Volvo1

Pada pertengahan Mac yang lalu, Volvo telah pun mengedarkan lakaran kabin bagi model XC90 2015. Semalam, Volvo mendedahkan pula sedikit perician Scalable Product Architecture (SPA) bagi model XC90 2015.

Di mana generasi kedua XC90 ini merupakan model pertama Volvo yang dibangunkan dengan casis SPA dan sebanyak 90 peratus daripada komponen yang digunakan adalah baharu termasuklah “Thor’s Hammer” iaitu lampu pencahayaan siang LED berbentuk-T.

Volvo juga mengesahkan ia akan menggunakan material keluli yang berketahanan tinggi dan lebih kompak bagi jaminan aspek keselamatan.

Manakala pada bahagian kabinnya, kedudukan tempat duduk barisan kedua direka untuk pelbagai fungsi bagi memberikan lebihan ruang kaki. Manakala barisan tempat duduk ketiga pula boleh menempatkan individu yang memiliki ketinggian 170sm.

Volvo memang sangat mengutamakan soal keselamatan bagi setiap model kenderaannya. Lantas, pelbagai elemen keselamatan turut diterapkan pada model ini termasuklah Lane Keeping Aid, Driver Alert Control, Road Edge dan Barrier Detection.

Untuk hiburan yang lebih memuaskan, XC90 2015 ini bakal dilengkapi dengan sistem audio Bowers & Wilkins.

Bakal dijanakan oleh enjin 2.0 liter 4-silinder pengecas turbo dengan kombinasi plug-in hybrid T8, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 400 hp dan tork 640 Nm. Dengan kuasa elektrik, bateri jentera ini mampu digunakan sehingga jarak 40km.

Bagi menambahkan lagi debaran, Volvo akan mendedahkan XC90 sepenuhnya dalam dua minggu akan datang di Stockholm, Sweden. Produksi bagi jentera ini dijangka akan dimulakan pada awal tahun hadapan di kilang Torslanda, Gothenburg.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *