Hyundai i20 bakal muncul di Paris Motor Show Oktober ini

By  |  0 Comments

i20-C

Bermula awal Ogos baru-baru ini, Hyundai telah pun mendedahkan lakaran awal bagi imej luaran model i20 generasi kedua. Dijangka bakal membuat penampilan perdana di peringkat global di Paris Motor Show Oktober ini, model hatchback ini ditampilkan dengan konsep rekaan Fluidic Sculpture 2.0 yang lebih sporty berbanding generasi terdahulu.

Memiliki ukuran 4035mm panjang dan 2570mm bagi jarak roda memberikan lebihan ruang kaki pada bahagian hadapan dan tempat duduk penumpang belakang.

i20-B

Malah dengan posisi tempat duduk belakang yang diberi penambah baikan, i20 ini turut menawarkan ruangan kargo yang lebih luas iaitu sebanyak 320 liter.

Model ini bakal dipadankan dengan lampu belakang LED, kamera undur dan bumbung panoramik yang boleh dibuka sepenuhnya. Malah teknologi LED juga digunakan untuk lampu pencahayaan siang.

Walau pun masih belum mendedahkan paras rupa ruangan kabinnya, namun difahamkan i20 ini bakal tampil dengan corong penghawa dingin pada tempat duduk penumpang belakang, roda stereng pelbagai fungsi yang telah diberi rekaan semula, perehat tangan pada bahagian konsol dengan kotak storan, pelarasan ketinggian tempat duduk pemandu, kluster instrumen Supervision, penyokong sambungan USB & AUX serta kawalan suhu automatik.

Bukan itu sahaja, ia juga akan menampilkan butang penghidup enjin, kunci pintar, sambungan Bluetooth, stereng yang boleh dicondongkan dan juga cermin sisi yang boleh dilipat secara automatik.

i10-IndianSpec2

Perician untuk model pasaran Eropah masih belum dikenal pasti, namun untuk model pasaran India, Elite i20 dipadankan dengan enjin Kappa 1.2 liter dengan kuasa 83 PS dan varian 1.4 liter CRDi diesel bersama kuasa 90 PS. Kedua-duanya dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Hyundai i20 spesifikasi Eropah

Hyundai i20 spesifikasi India

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *