Hyundai Elantra pemasangan Malaysia telah pun diperkenalkan di Thailand

By  |  0 Comments

Elantra3

Pasaran Thailand baru saja menerima model facelift Hyundai Elantra, memeriahkan lagi industri automotif di sana. Malah model ini dikatakan dipasang di Malaysia iaitu di kilang Inokom yang terletak di Kulim, Kedah.

Menggantikan model sedia ada (yang diimport terus dari Korea), harga jualan bagi model facelift ini sedikit berkurangan, hasil daripada Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) atau AFTA.

Pada masa yang sama turut melaporkan bahawa terdapat beberapa lagi model Hyundai yang bakal dibawa masuk dari Malaysia ke pasaran Thailand dalam tempoh dua tahun ini.

Elantra2

Harga jualan bermula 749,000 baht (RM74,800) untuk model asas GL, meningkat ke 819,000 baht (RM81,800) bagi GLE dan 898,000 baht (RM89,600) untuk varian tertinggi GLS Navi. Pengurangan yang agak memuaskan berbanding dengan model sebelum ini yang terjual antara 899,000 baht (RM89,700) hingga 1,198 million baht (RM119,600).

Terdapat beberapa perubahan kecil yang dilakukan pada Elantra ini berbanding dengan model sedia ada termasuklah memberi penambah baikan pada bampar hadapan dan belakang, lampu utama projektor baharu (HID untuk model spesifikasi tinggi) dengan lampu LED, reka bentuk semula lampu kabus, perumah krom, lampu belakang kombinasi LED dan rim aloi bersaiz 17 inci.

Elantra11

Pada bahagian dalamnya, corong penghawa dingin telah dialihkan ke kedudukan yang lebih tinggi dan juga terdapat corong penghawa dingin untuk bahagian tempat duduk belakang. Malah Elantra ini juga ditampilkan dengan skrin paparan OLED Supervision bersaiz 3.5 inci pada kluster instrumen dan juga sistem Flex Steer tiga mod.

Untuk model pasaran Thai ini telah dipadankan dengan enjin 1.8 liter Nu empat-silinder yang mampu menghasilkan kuasa 150PS dan tork 178 Nm seperti model sebelumnya, juga dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Ia dikatakan mampu mencatat masa selama 10.2 saat dipacu daripada titik sifar sehingga 100km/j serta kelajuan maksimum pula ialah 202km/j. Elantra ini juga diyakini mampu memberikan penjimatan bahan api sehingga 14.08km bagi setiap liter.

Elantra5

Buat masa ini Hyundai Malaysia belum memberi kata putus bilakan ia bakal dijual untuk pasaran sini, tetapi sebelum 2014 berakhir, ada satu model Hyundai serba mewah bakal dilancarkan. Adakah ia Hyundai Genesis? Nantikan perkembangan selanjutnya di Info Kereta.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *