Lexus NX 2015 mula diproduksi

By  |  0 Comments

Lexus1

Lexus NX 2015 telah pun mula diproduksi di kilang Miyata, Jepun. Direncana bakal memasuki pasaran USA pada musim luruh ini, NX 2015 ini disenaraikan sebagai ‘mold breaker’ kerana ini merupakan model crossover kompak pertama bagi jenama ini yang dipadankan dengan enjin pengecas turbo.

Di mana ia dipadankan dengan enjin baharu 2.0 liter empat silinder pengecas turbo D-4S VVT-i yang boleh memberikan kerjasama yang erat dengan sistem pacuan empat roda. Bahkan boleh menghasilkan kuasa sehingga 235hp dan tork 258Nm.

Menurut Presiden Toyota Motor Kyushu, Iwao Nihashi, masyarakat dunia memang teruja menantikan kehadiran NX ini. Malah pihak Lexus juga yakin dengan potensi model ini untuk memecah rekod jualan seluruh dunia. Buat setakat ini, pihaknya telah menerima tempahan awal sebanyak 6,500 unit hanya di Jepun sahaja, malah ia juga mampu melebihi jumlah tersebut sebaik sahaja dilancarkan secara rasmi kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *