Cabaran Nissan Jurassix Park 4×4 kini kembali

By  |  0 Comments

????????

Pada 13 Disember lalu, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah menganjurkan Cabaran Nissan Jurassix Park 4×4 di Kota Kinabalu, Sabah. Aktiviti menempuh laluan off-road ini berlangsung selama tiga hari dan dibuka penyertaannya untuk orang ramai khususnya pelanggan Nissan sendiri. Ini merupakan acara kali ketujuh seumpamanya yang dianjurkan oleh ETCM sejak tahun 2004.

Untuk tahun ini, sebanyak 54 penyertaan diterima bagi menyahut cabaran menikmati pengalaman mengujakan dengan memandu uji Nissan Navara yang disediakan. Selain menikmati pengalaman mengendalikan jentera 4×4 ini, para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang disediakan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM20,000.

Satu trek khas telah dibina di kawasan yang diberi nama Nissan Village di ALAMESRA, ia dilengkapi dengan pelbagai cabaran termasuklah kondisi permukaan laluan yang berbeza dan halangan air. Para peserta diberikan satu peluang untuk melalui 10 peringkat halangan di sekitar trek. Ini bagi membolehkan mereka merasai sendiri kuasa dan kemampuan Nissan Navara yang telah dinaik taraf.

Selain berpeluang mempelajari dan memahami kemampuan serta ciri-ciri Nissan Navara, para peserta juga bersaing untuk mendapat tempat teratas dalam “Cabaran Mencari Juara 4×4 Off-Road”. Mereka berdepan dengan 25 peringkat yang mampu meledakkan adrenalin. Ini termasuklah cabaran fizikal yang benar- benar menguji keupayaan individu dan juga jentera.

Ternyata tuah menyebelahi Ade Azlhan Ramdan dan Mohd Hazle Sidik yang berjaya menduduki tempat utama. Majlis penyampaian hadiah dan makan malam telah diadakan di Nexus Resort & Spa Karambunai di Kota Kinabalu.

Menurut Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen, “Acara ini merupakan peluang terbaik bagi para pemilik Nissan untuk meneroka kemampuan kenderaan 4×4 Nissan mereka. Bagi bakal pembeli pula, ia menjadi peluang terbaik untuk mereka merasai sendiri pengalaman memandu kenderaan Nissan. Kami berbesar hati menganjurkan aktiviti seumpama ini. Pilihan lokasi Malaysia Timur sekali lagi menunjukkan komitment ETCM untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami dari setiap pelusuk Malaysia. Kami menganggap mereka semua sebagai sebahagian daripada keluarga Nissan .”

Nissan Navara yang telah dinaik taraf hadir dengan varian SE dan LE. Trak pikap ini memang dikenali kerana penampilannya yang dominan dan digabungkan dengan prestasi dinamik serta keselesaan. Ia juga popular dalam kalangan professional sebagai kenderaan peribadi dan perniagaan.

Photo 3 Group Photo with 3 winner_resize

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *