Finalis Miss Tourism International lawat kilang Proton di Shah Alam

By  |  0 Comments

Miss Tourism International-Proton

Semalam Proton Centre of Excellence (COE), Shah Alam, dikunjungi oleh finalis Miss Tourism International 2013. Proton merupakan salah satu penaja utama bagi pertandingan ratu cantik ini dan menyediakan kenderaan rasmi bagi kegunaan sepanjang acara ini berlangsung.

Seramai 60 finalis tiba di COE secara konvoi dengan menaiki 22 buah Proton Suprima S dan Preve yang diketuai oleh jentera Lotus Evora. Kunjungan ke COE bukanlah sekadar ‘rombongan-biasa’ sebaliknya para finalis dibawa melawat kilang Proton, di samping berpeluang memandu uji jentera terkini Lotus dan Proton termasuklah model edisi R3 bagi Inspira dan Satria Neo.

Miss Tourism International-Proton

Sepanjang lawatan, para finalis turut digandingi dengan 60 kanak-kanak perempuan yang dianggap seperti ‘adik angkat’, terdiri daripada anak-anak kakitangan Proton sendiri. Penganjuran aktiviti ini turut membolehkan para finalis dinilai komitmen mereka dan salah seorang daripada 60 finalis ini akan dipilih sebagai Miss Proton Elegant yang bakal diumumkan pada majlis kemuncak Miss Tourism International 2013 yang berlangsung pada 31 Disember ini.

Miss Tourism International-Proton

Menurut Ketua Pegawai Operasi Proton (Pengurusan Projek & Inisiatif Strategik), Abdul Rashid Musa, pembabitan Proton di dalam penganjuran pertandingan ratu cantik ini adalah bagi mempromosikan lagi jenama ini ke persada antarabangsa. Secara tidak langsung meningkatkan lagi populariti jenama Proton dan Lotus ke peringkat global.

“Kami sangat berbesar hati terbabit dalam penganjuran acara seumpama ini dan kunjungan 60 finalis yang merentasi lima benua ke ibu pejabat Proton sangat-sangat dialukan. Sekali gus memberikan kami peluang untuk memperkenalkan jenama Malaysia ke mata dunia. Malah kami sangat menghargai usaha pihak penganjur yang mahu memartabatkan lagi industri pelancongan dengan cara yang unik.”

“Bukan itu saja, kunjungan ke Malaysia turut membuka peluang untuk semua yang terbabit saling bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman dari segi kebudayaan dan adat tempatan. Secara tidak langsung turut mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014. Dan mewakili Proton, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Datuk Danny Oii iaitu presiden dan pemilik francias program ini di atas dedikasi dan kerja keras yang dilakukan selama ini bagi memastikan pertandingan ini berjaya mendapat pengiktirafan sedunia,”ujar Abdul Rashid Musa.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *