Kadar pengambilan lesen memandu Kelas D & B2 tiada perubahan

By  |  0 Comments

Driving skol

Berikutan isu yang agak hangat menular di kebanyakan blog tempatan sejak semalam ekoran dakwaan sekolah memandu yang telah menerima surat perkeliling daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenai kadar baharu bagi lesen memandu Kelas D dan B2, lewat petang tadi, Dato’ Seri Liow Tiong Lai selaku Menteri di Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya menerusi Twitter berkata, kadar tersebut tidak dinaikkan dan kekal seperti yang ada.

Menurut beliau, pihaknya turut mengambil kira mengenai keperluan rakyat berhubung perkara ini. Malah buat masa ini, tiada struktur baharu yang bakal diperkenalkan.

Menerusi Twitternya juga, Liow turut mengesahkan buat masa ini Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang pada mulanya dijangka bakal diimplementasikan pada 1 Ogos ini juga akan ditunda pada tarikh lain.

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua perkara ini akan dihuraikan esok.

Screen Shot 2014-07-16 at 21.20.13

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *