Kadar baharu lesen kereta & motor naik mulai 14 Julai 2014?

By  |  0 Comments

Driving-School-1

Sejak semalam kecoh di beberapa blog tempatan yang mendakwa kebanyakan sekolah memandu telah mendapat surat perkeliling dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung dengan kenaikan harga bagi pengambilan lesen kereta (Kelas D) dan motor (Kelas B2). Ia dikatakan efektif dilaksanakan pada 14 Julai lalu, iaitu dalam masa yang sama JPJ turut menaik taraf Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).

Di mana format baharu kelas memandu merangkumi penambahan 3 elemen utama dalam kelas KPP, buku teks KPP sukatan pembelajaran baharu, dan juga format ujian komputer yang telah dinaiktaraf. Sehubungan itu, harga semasa lesen memandu bagi kelas B2 dan D juga telah dinaikkan berikutan penguatkuasaan format terbaru lesen memandu tersebut.

Berikut dikatakan harga terkini bagi lesen kereta dan motor :

Lesen Kereta (Kelas D)

Screen Shot 2014-07-16 at 17.01.35

Lesen Motor (Kelas B2)
Screen Shot 2014-07-16 at 17.01.48

Mengikut perkeliling yang didakwa telah dikeluarkan oleh pihak JPJ itu, ia menunjukkan bahawa lesen bagi Kelas D telah dinaikkan dari RM1300 ke RM2000. Manakala bagi lesen Kelas B2 pula, ia hanya RM600 sebelum ini dan kini telah naik ke RM1050.

Walau bagaimana pun, sehingga kini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat oleh pihak JPJ sama ada menerusi laman web rasminya atau pun kenyataan daripada mana-mana pihak media. Malah tinjauan yang dilakukan oleh Info Kereta menerusi laman media sosial Facebook JPJ, orang awam telah mula memberikan maklum balas mengenai perkara ini dan rata-ratanya kurang bersetuju dengan kenaikan yang agak mendadak (malah sekali ganda berbanding dengan kadar bayaran sebelum ini). Namun ternyata pihak JPJ masih mengunci mulut mengenai soal ini.

Adakah perkara ini sahih atau pun hanya sekadar ‘omong-kosong’ oleh ‘keyboard warrior’?

Kita nantikan respons selanjutnya daripada pihak JPJ sendiri mengenai isu yang sedang panas ini (selain kes ‘pembuli jalan raya’ di Kuantan semalam yang menjadi viral di FB).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *