Honda lancar Civic Black Edition untuk pasaran UK

By  |  0 Comments

Civic Black5

Untungnya pasaran United Kingdom (UK) kerana mendapat Honda Civic Black Edition berikutan pelancaran versi yang lebih kurang sama iaitu bagi model CR-V dan Jazz.

Hatchback lima pintu ini disuntik dengan kekemasan semua berwarna hitam dan sedikit elemen berkilat untuk sentuhan ekstra. Malah warna ini juga digunakan untuk skirt sisi dan perumah bagi cermin luaran. Sementara itu, kekemasan hitam berkilat pula menjadi pilihan bagi menghiasi roof-mounter spoiler.

Civic Black6

Melengkapi imej yang nampak garang dan agresif, logo “Black Edition”, penutup tangki bahan api dengan warna hitam berkilat dan rim aloi berwarna hitam juga ditampilkan.

Didatangkan dengan dua varian iaitu enjin 1.6 i-DTEC diesel yang mampu menghasilkan kuasa 120 PS dan tork 300 Nm serta 1.8 i-VTEC dengan kuasa 142 PS dan tork 174 Nm.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *