MINI Paceman 2015 & Countryman 2015 bakal menembusi pasaran Eropah penghujung Julai ini

By  |  0 Comments

Countryman AND Paceman

MINI telah mendedahkan beberapa perincian lebih meluas termasuk foto mengenai model facelift Paceman dan Countryman yang bakal berada di pasaran pada penghujung bulan ini.

Di mana kelihatan model Paceman menerima rekaan semula bagi gril radiator haksagon, lampu utama dan pilihan rim aloi dengan kekemasan hitam atau pun krom. Manakala elemen tambahan yang turut ditampilkan termasuklah lampu parkir LED dan lampu kabus bersama dengan lampu pencahayaan siang (DRL).

Paceman21

Bagi bahagian dalamnya pula, hiasan krom baharu telah diaplikasikan untuk kawalan pengudaraan dan tempat duduk sport untuk pemandu dan penumpang di sebelah.

Paceman18

Tiada sebarang perubahan daripada segi mekanikal, tetapi model Cooper S yang menjalani proses modifikasi bakal mampu memberikan kuasa 190 PS berbanding hanya 184 PS sebelum ini.

Manakala varian tertinggi Paceman JCW pula mampu menghamburkan kuasa 218 PS dengan dijanakan oleh enjin 1.6 liter empat silider bersama sistem pacuan semua roda ALL4.

Kesemua unit dipadankan dengan kotak gear standard manual enam kelajuan atau pilihan automatik juga enam kelajuan.

Manakala bagi Countryman 2015, ia menawarkan elemen standard dan pakej pilihan termasulkan rim aloi yang lebih ringan bagi mengurangkan berat dan mengoptimakan ciri aerodinamik. Sebagai tambahan, ia juga ditampilkan dengan warna yang kontra pada bahagian bumbung dan penutup cermin luaran serta jaluran pada bahagian bonet belakang.

Countryman14

MINI berkata, modelnya ini mengalami lebih keselesaan yang akustik dengan penambahan ciri premium penuh karakteristik bagi rekaan dalam kabin. Termasuklah memberikan lebih ruang kargo daripada 350 liter ke 1,170 liter dengan fungsi tempat duduk belakang yang boleh dilipat dalam nisbah 40:20:40.

Countryman19

Model Countryman juga menggunakan enjin yang sama seperti Paceman.

Kedua-dua model ini bakal menembusi pasaran Eropah pada penghujung bulan ini dengan harga bermula 17,322 EUR untuk Paceman dan 16,734 EUR bagi Countryman.

MINI Countryman 2015

MINI Paceman 2015

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq