Foto rasmi Volkswagen Passat 2015 didedahkan

By  |  0 Comments

Passat1

Nampak gayanya Volkswagen (VW) mengotakan janjinya untuk memperkenalkan foto awal model Passat 2015. Walau pun masih mengunci mulut mengenai butiran terperinci mengenai model ini, difahamkan Passat 2015 ini bakal dijanakan oleh enjin 1.4 TSI yang mampu menghasilkan kuasa 125 PS, enjin 1.8 TSI (180 PS) dan 2.0 TSI (220 PS).

Manakala untuk varian diesel pula, ia bakal mempunyai beberapa pilihan enjin iaitu 1.6 TDI (120 PS) dan trio 2.0 TDI (150 PS, 190 PS dan 240 PS).

Passat generasi ke-lapan ini akan lebih pendek 2mm berbanding dengan model sedia ada, tetapi memiliki ukuran jarak roda 79mm lebih panjang.

Manakala ruangan kargo bagi varian wagon telah dipertingkatkan sebanyak 47 liter menjadikannya 650 liter dan 586 liter bagi varian sedan.

Passat22

Dilihat daripada sudut luaran, Passat 2015 bagi model pasaran Eropah ini didatangkan dengan lampu utama dan lampu belakang LED, meter kluster instrumen digital, skrin paparan dan sistem bantuan pemanduan seperti Trailer Assist, Bantuan Kesesakan Lalu Lintas, Bantuan Sisi dengan Amaran Trafik Di Bahagian Belakang, Brek Kecemasan Bandar, dan Bantuan Parkir.

Passat17

Dijangka bakal berada di pasaran Eropah pada suku keempat tahun ini, VW telah pun memulakan promosi jualannya sejak awal Julai lalu. Harga jangkaan bagi model ini ialah €25,875 (RM112,200) untuk sedan dan €25,950 (RM112,700) bagi wagon.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq