Hyundai i10 Sport dilancarkan eksklusif untuk Jerman

By  |  0 Comments

Hyundai_i10_10

Hyundai baru sahaja melancarkan model i10 Sport iaitu versi modifikasi, eksklusif untuk pasaran Jerman.

Tampil dengan imej yang pebuh sporty, ia dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 17 inci, skirt sisi yang dipertingkatkan kekemasannya, lampu pencahayaan siang LED dan imej grafik berwarna merah-hitam pada bampar hadapan sehingga cermin pintu belakang.

Hyundai_i10_7

Malah untuk mendapatkan kestabilan yang lebih mantap, suspensinya juga telah direndahkan sebanyak 20mm. Bukan itu sahaja, sambungan muzik penuh dan kekemasan dalaman yang berwarna merah bersama tempat duduk balutan kulit juga ditampilkan.

Hyundai_i10_3

Hyundai i10 Sport ini dijanakan oleh enjin 1.2 liter empat silinder yang mampu memberikan kuasa 87 PS dan tork 120 Nm. Ia boleh mencapai kelajuan daripada titik sifar sehingga 100km/j dalam hanya 12.3 saat. Manakala kelajuan paling maksimum pula dicatatkan pada 175 km/j. Jentera ini juga mampu memberikan penjimatan bahan api yang efisien iaitu sekitar 4.9 liter untuk setiap 100km.

Jentera ini akan dijual pada harga bermula €13,990.

Hyundai_i10_10

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *