Honda Accord Hybrid 2014 dilancarkan di Thailand

By  |  0 Comments

accord-hybrid-09-850x302

Selepas Honda Jazz, Honda Thailand melancarkan pula model Accord Hybrid baharu di negara berkenaan.

Menawarkan dua varian iaitu model hibrid asas dan varian spesifikasi tertinggi iaitu Hybrid Tech, kedua-duanya dijanakan oleh sistem Sport Hybrid Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang menampilkan enjin 2.0 liter i-VTEC empat silinder Atkinson-cycle. Ia boleh menghamburkan kuasa maksimum 141 hp pada 6,200 rpm dan puncak tork 165 Nm pada 4,500 rpm. Ia juga dipadankan dengan dua motor elektrik serta bateri 1.3 kWh lithium-ion.

accord-hybrid-01-850x450

Motor elektrik berkenaan turut bekerjasama dengan transmisi e-CVT yang bukannya seperti kotak gear CVT biasa. Satu motor elektrik yang bertindak sebagai daya tarikan ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 166 hp dan 307 Nm dengan kelajuan maksimum pada 12,584 rpm. Manakala satu lagi motor elektrik yang bertindak sebagai penjana kuasa pula akan menukarkan enjin pembakaran ke kuasa elektrik.

Accord Hybrid 2014 ini turut menampilkan tiga mod pemanduan iaitu mod EV yang berfungsi apabila motor daya tarikan dijanakan oleh bateri. Kedua, mod hibrid yang bertindak bila motor data tarikan yang dijanakan oleh kuasa elektrik dan yang ketiga ialah mod ‘engine drive’ iaitu apabila enjin memacukan respons bagi keempat-empat tayar.

accord-hybrid-02-850x413

Bagi imej luaran yang ditampilkan, lampu utamanya berukuran 4.89 m termasuklah penutup warna lapisan kebiruan dan juga gril radiator juga dengan warna yang sama. Model hibrid asas dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar 225/50. Manakala model Hybrid Tech pula dipadankan dengan rim aloi bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar 235/45.

accord-hybrid-03-850x472

Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan lampu utama LED dan lampu belakang LED, kawalan kelajuan (tambahan elemen adaptif bagi varian Hybrid Tech), kawalan penghawa dingin berkembar, sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin dan paparan pelbagai-informasi (i-MID).

Bagi model asas Hybrid, ia turut dilengkapi dengan skrin sesentuh TFT bersaiz 7.5 inci, sambungan HDMI, port berkembar USB serta sistem audio bersama enam pembesar suara.

accord-hybrid-05-850x450

Manakala varian Hybrid Tech pula, ia didatangkan dengan skrin sesentuh TFT bersaiz lapan inci, HDD AUdio dengan sistem audio Premium bersama tujuh pembesar suara serta bumbung matahari.

Manakala elemen keselamatan standard bagi kedua-dua varian termasuklah enam beg udara, VSA, ABS, EBD, Bantuan Brek, Bantuan Mula Mendaki, kamera belakang dan juga sistem pengesanan titik buta LaneWatch. Namun tambahan bagi varian Hybrid Tech, ia turut tampil dengan Collision Mitigation Brake System (CMBS) di mana ia mengandungi radar yang mampu mengesan objek bergerak sejauh 100 meter ke hadapan.

Untuk pasaran Thailand, model Accord Hybrid 2014 didatang dengan empat warna pilihan iaitu Crystal Black Pearl, White Orchid Pearl, Modern Steel dan Alabaster Silver.

Ia dijual pada harga 1,659,000 baht (RM164,100) bagi varian asas dan Accord Hybrid Tech pula berharga 1,899,000 baht (RM187,800).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *