Chrysler bakal rebadge model sedan Mitsubishi

By  |  0 Comments

Attrage

Berita terkini dari Mitsubishi.

Baru-baru ini, Chrysler dan Mitsubishi telah menandatangai perjanjian baharu untuk projek rebadge antara kedua belah pihak. Ia melibatkan model sedan kompak di bawah segmen-B yang dijangkakan bakal memasuki pasaran Mexico pada November ini.

Walau bagaimana pun, kedua-dua belah pihak masih belum mendedahkan model kenderaan manakah yang menjadi pilihan untuk projek rebadge ini. Namun menyatakan bahawa kenderaan terbabit akan dikenali di bawah jenama Dodge dan Mitsubishi pula bertanggungjawab untuk membekalkan model misteri terbabit dalam tempoh lima tahun ini.

Menurut Presiden Chrysler de Mexico, Bruno Cattorii, perjanjian yang termeterai ini membuktikan hubungan kerjasama yang erat di antara Chrysler de Mexico dengan Mitsubishi Motors Corporation sejak tahun 2003. Di mana ketika itu pihak Chrysler mula memasarkan model kenderaan Mitsubishi ke negara berkenaan.

Malah dengan memperkenalkan sedan kompak baharu ini, Chrysler de Mexico dapat menambahkan lagi pilihan model kenderaan bagi memenuhi permintaan pengguna.

Adakah model misteri yang dimaksudkan ialah Mitsubishi Attrage? Nantikan maklumat selanjutnya kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *