Proton tidak mahu melepaskan peluang eksport kenderaan ke Tajikistan – CEO

By  |  0 Comments

Proton Suprima S

Menurut laporan BERNAMA sebentar tadi, Proton mungkin tidak mahu melepaskan peluang untuk mengeksport kenderaannya ke Tajikistan tidak lama lagi.

Menurut CEO Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, Proton akan mengadakan rundingan selanjutnya dengan Tajikistan selepas presiden negara berkenaan, Emomali Sharipovich Rahmin melawat Malaysia selama empat hari bermula 22 Jun lalu. Malah kedua-dua pihak turut mengadakan kajian pasaran mengenai rancangan mengeksport kenderaan ke sana.

“Bagi permulaan, kami boleh terus mengeksport model kenderaan Proton yang dipasang di Malaysia. Malah kami juga akan cuba menerapkan ideologi dari mana-mana negara yang kami cuba tembusi pasarannya. Mengenai pembinaan fasiliti Proton di Tajikistan, kami akan lihat daripada pelbagai sudut kerana ia memerlukan sejumlah pelaburan yang begitu besar,”ujarnya yang ditemui selepas lawatan Emomali ke Pusat Kecemerlangan Proton hari ini.

Abdul Harith juga menambah, presiden negara berkenaan juga telah menyuarakan hasrat untuk melihat rakyat Tajikistan mengambil peluang melawat serta bekerja di Malaysia, termasuk dengan Proton sendiri. Pastinya ia membuka peluang untuk rakyat Tajikistan mempelajari teknologi dan meraih pengalaman di Malaysia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *