Pusat 3S ETCM pertama di Kuching dilancarkan

By  |  0 Comments

01 ETCM Kuching 3S Centre_Exterior

Semalam Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah merasmikan pembukaan Pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) di Kuching, Sarawak, sekali gus menandakan satu lagi kejayaan dalam sejarahnya. Pusat 3S itu dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato James Chan Khay Syn. Turut hadir pada majlis penuh bermakna itu ialah Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen.

Menurut Dato’ David, “Ini merupakan Pusat 3S ETCM pertama di Kuching dan paling besar di Malaysia Timur, dan kami akan terus berkembang demi meluaskan manfaat kepada para pelanggan. Di sini, para pelanggan boleh menikmati pengalaman Nissan sepenuhnya. Kami juga kekal komited untuk menawarkan produk yang berkualiti, bernilai untuk wang dan servis selepas jualan terbaik bagi memenuhi permintaan serta ekspektasi pelanggan.”

Pusat 3S Kuching ETCM baharu terletak di hab automotif bandar Kuching yang strategik. Ia dibina di atas sebidang tanah seluas 1.58 ekar dengan jumlah kawasan binaan mencecah 42,000 kaki persegi. Ia menempatkan sebuah bilik pameran yang mampu mempamerkan sehingga lapan buah kenderaan Nissan pada satu-satu masa.

Untuk kemudahan serta keselesaan pelanggan, kelengkapan yang disediakan termasuklah sebuah lounge dan ‘coffee bar’,kemudahan WiFi secara percuma, sudut Kanak-kanak, dan 23 ruang penyelenggaraan yang boleh menyelenggara sehingga 130 buah kenderaan sehari.

04 Dato James Chan experienced the All-New Nissan Teana

Malah di pusat 3S ini juga, para pelanggan boleh memandu uji dan membeli model-model baharu Nissan. Ia juga merupakan pusat jualan alat ganti bagi kenderaan Nissan.

Sehingga kini, ETCM telah memiliki satu rangkaian 106 bilik pameran yang ekstensif termasuk para pengedar serta 59 bengkel Tan Chong Express Auto Service (TCEAS) di seluruh negara. ETCM dijangka bakal menambah lebih banyak lagi pusat 3S di serata negara pada tahun ini, termasuklah di Tawau dan Glenmarie Shah Alam. ETCM mensasarkan untuk memiliki 18 pusat 3S di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun 2014.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq