Hyundai Sonata Eco 2015 diperkenalkan

By  |  0 Comments

2015 Hyundai Sonata Eco_01

Tidak pernah diam daripada memperkenalkan pelbagai jenis model sejak kebelakangan ini, satu lagi model yang telah dilancarkan oleh Hyundai iaitu Sonata Eco versi 2015.

Sedan bersaiz sederhana ini dijanakan oleh enjin 1.6 liter turbo yang dikatakan turut mampu memberikan penjimatan bahan api sehingga 14 km per liter. Ia mampu menghamburkan kuasa 175 PS dan tork 264 Nm. Ia juga dipadankan dengan transmisi klac-berkembar tujuh kelajuan.

Dengan elemen yang ditampilkan sama seperti model Sonata SE, Sonata Eco 2015 ini turut dipadankan dengan gril krom, cermin sisi yang turut diletakkan dengan lampu isyarat dan juga lampu utama automatik.

Di dalamnya, Sonata Eco 2015 ini turut dilengkapi dengan 10 pelarasan tempat duduk pemandu yang turut menyokong bahagian bawah belakang badan. Hyundai juga telah menampilkan pemegang pintu krom, skrin sesentuh bersaiz lima inci dan juga kamera untuk untuk model ini.

2015 Hyundai Sonata Eco_02

Dengan harga yang ditawarkan iaitu USD 4,100, ia juga didatangkan dengan pakej teknologi pilihan termasuklah bagi sistem pengesan titik buta (BLIS), pembuka automatik bonet belakang, sistem navigasi dengan skrin paparan bersaiz lapan inci dan beberapa lagi elemen menarik.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *