Hyundai Tucson The Walking Dead hanya di USA

By  |  0 Comments

Hyundai_1

Hyundai telah pun melancarkan model edisi istimewa Tucson The walking Dead baru-baru ini. Ia direka bagi peminat novel grafik bersiri ‘The Walking Dead’.

Tampil dengan kerangka berwarna Ash Black dengan rekaan grafik pada sisi badannya serta logo khas. Malah ia turut ditampilkan dengan empat pelekat berbeza iaitu Hilltop, Kingdom, Saviors dan Survivors yang boleh dipilih oleh pemilik SUV tersebut berdasarkan karakter di dalam siri novel terbabit.

Hyundai_2

Manakala ruangan kabinnya pula dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit berwarna hitam, karpet lantai khas dan skrin paparan sesentuh bersaiz tujuh inci dengan skrin pantulan ‘The Walking Dead’.

Malah model ini juga dilengkapi dengan peralatan kelengkapan khas ‘Zombie Survival Kit’ termasuklah ubat gigi pudina.

Di bawah hudnya, ia dijanakan oleh enjin 2.4 liter Theta II GDI yang mampu menghamburkan kuasa maksimum 182 hp dan tork 240 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan serta sistem pacuan semua roda.

Walau bagaimana pun, model ini hanya untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *