Proton lancar Pusat Penghantaran Kristal yang telah diperbaharui

By  |  1 Comment

ART_3484

Baru-baru ini Proton Holdings Berhad (Proton) telah melancarkan Pusat Penghantaran Kristal Proton yang telah diperbaharui yang terletak di Proton Centre of Excellence (COE), Shah Alam. Majlis pelancaran ini telah diserikan dengan kehadiran Pengerusi Proton iaitu Yang Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan turut ditemani oleh Dato’ Abdul Harith Abdullah selaku CEO Proton dan juga Timbalan CEO Proton Khairuddin Dato’ Haji Yusoff.

Pusat Penghantaran Kristal Proton ini menempatkan lapan kereta untuk dipamerkan dalam satu masa serta menawarkan ruang tamu yang selesa, sudut kanak-kanak, WiFi percuma, skrin televisyen pintar dan ruang foto untuk para pelanggan merakamkan aksi sewaktu acara penghantaran.

Dalam majlis pelancaran tersebut juga menyaksikan penyerahan kunci kenderaan Proton oleh Tun Dr Mahathir kepada empat pelanggan bertuah.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *