Pengecualian GST bagi RON95 & diesel akan dipertimbangkan

By  |  0 Comments

RON95

Kerajaan sedang mempertimbangkan kemungkinan mengecualikan rakyat daripada membayar cukai penggunaan petrol RON95 dan diesel apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan April tahun depan.

Melalui laporan yang disiarkan oleh BERNAMA, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata buat masa ini, kedua-dua bahan api itu dikecualikan daripada cukai jualan dengan kadar 58.62 sen seliter dan 40 sen seliter, masing-masing.

Menurutnya lagi, pemberian subsidi dan pengecualian cukai jualan merupakan satu jumlah tanggungan besar kepada kerajaan. Walau bagaimana pun, buat masa ini, kerajaan masih belum memutuskan untuk mengenakan GST ke atas petrol dan diesel.

Oleh itu, kerajaan ingin melihat sejauh mana penjimatan boleh dilakukan daripada usaha ini sebelum membuat rasionalisasi subsidi.

Kini harga RON95 adalah RM2.10 seliter iaitu 71 sen disubsidikan kerajaan, dan harga diesel iaitu RM2 selepas kerajaan menanggung subsidi sebanyak 74 sen.

Beliau juga berkata jumlah subsidi petroleum yang terdiri daripada petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), dengan nisbah 50 peratus untuk petrol, diesel (40 peratus) dan LPG (10 peratus) dari tahun 2000 sehingga tahun ini.

Katanya, kerajaan memberikan jumlah subsidi petroleum sebanyak RM3.425 bilion pada tahun 2000, RM2.398 bilion (2001), RM917 juta (2002), RM1.823 bilion (2003), RM4.788 bilion (2004), RM8.164 (2005), RM7.281 bilion (2006), dan RM8.770 bilion (2007).

Namun ia meningkatkan ke RM15.378 bilion pada tahun 2008 disebabkan peningkatan harga minyak di pasaran dunia, RM5.593 bilion (2009), RM9.065 bilion (2010), RM20.275 bilion (2011), RM24.726 bilion (2012), RM23.458 bilion (2013) dan anggaran tahun ini ialah RM22.24 bilion. Pemberian subsidi dianggap sebagai cabaran terhadap kerajaan

GST akan diperkenalkan pada April 2015 pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak 16 peratus.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *