Spyshot Nissan Note dirakam di Bangsar!

By  |  0 Comments

NOTE-c

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) pernah mempamerkan model ini ketika KLIMS’13 yang lalu. Malah ia juga dikatakan antara lima model baharu yang dibawa masuk ke Malaysia sebelum 2014 melabuhkan tirainya. Selepas Nissan X-Gear yang dilancarkan pada bulan lalu, disusuli oleh pelancaran Sylphy dan Teana tidak lama lagi.

Kelibat Nissan Note telah dikesan sedang diuji di sekitar Bangsar sebentar tadi oleh team Paultan.org, seakan mengesahkan bahawa ia sudah bersedia untuk dilancarkan. Biar pun sebelum ini laporan dari Maybank Research mengatakan Note dijangkakan bakal dilancarkan pada suku keempat 2014.

Jika mengikut model Note yang dipamerkan di KLIMS’13, mini-MPV daripada segmen-B ini dipadankan dengan enjin 1.5 liter dan kotak gear automatik empat kelajuan. Ia mempunyai persamaan dengan penjana kuasa yang digunakan oleh Nissan Almera. Di mana ia boleh menghamburkan kuasa maksimum sehingga 102 hp dan puncak tork 139 Nm.

Ia turut menekankan ciri keselamatan Nissan Safety Shields termasuklah Amaran Titik Buta, Amaran Penukaran Lorong dan Pengesan Objek Bergerak (MOD). Di mana MOD menyalurkan imej yang akan dipaparkan menerusi skrin monitor (Around View Monitor) untuk memaklumkan kepada pemandu mengenai wujudnya objek bergerak di belakang kenderaan melalui visual dan bunyi amaran.

NOTE-a

Namun masih belum diketahui apakah spesifikasi yang bakal ditampilkan bagi Note untuk pasaran Malaysia ini. Adakah ia sama seperti yang dipamerkan di KLIMS yang lalu. Atau pun mempunyai penambahan (atau mungkin pengurangan) lain-lain elemen.

Walau bagaimana pun, kehadiran Note ini seakan memberikan persaingan yang hebat buat Honda Jazz yang berada di dalam segmen yang sama serta ditawarkan pada harga yang cukup kompetitif.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *