Naza Kia Malaysia buka Kia Red Cube di Kuantan

By  |  0 Comments

Red Cube- Kuantan

Bagi memenuhi permintaan pasaran, Naza Kia Malaysia Sdn Bhd, pengedar rasmi bagi kenderaan Kia Motors di Malaysia, baru sahaja melancarkan Red Cube terbaharu. Kali ini memilik Kuantan, Pahang, sebagai destinasi terbaru mereka.

Berkeluasan 49,213 kaki persegi, pusat 3S Kia Red Cube Kuantan ini turut mempunyai 14 ruang penyelenggaraan yang mampu menyelenggara sehingga 35 buah kereta setiap hari. Pusat ini terletak di Lot 73-75, Jalan Industri Semambu 5, Kawasan Perindustrian Semambu, Kuantan.

Menurut COO Naza Kia Malaysia, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar, pembukaan Kia Red Cube Kuantan ini merupakan yang pertama untuk bahagian Pantai Timur. Ia mensasarkan pemilik Kia yang berada di kawasan berhampiran termasuklah di Jerantut, Maran, Pekan, Temerloh sehinggalah ke Kemaman.

Red Cube Kuantan - Momento

Bermodalkan RM5 juta, Kia Red Cube Kuantan ini turut merangkumi jualan, penyelenggaraan dan penyediaan alat ganti. Ia turut menyediakan bilik mesyuarat, bilik latihan, zon kanak-kanak, kafe, dan perkhidmatan WIFI dan Internet secara percuma.

Selepas membuka Kia Red Cube di Petaling Jaya pada Disember 2011, diikuti pula dengan Kia Red Cube Johor Bahru pada tahun lalu, ini merupakan Kia Red Cube yang ketiga di negara ini. Selepas ini, Naza Kia bakal membuka satu lagi Kia Red Cube di Rawang, Selangor dijangka pada Mei ini dan kini ia masih dalam pembinaan.

Tambah Datuk Syed Abdull Hafiz lagi, pada tahun ini, Naza Kia mensasarkan peningkatan jualan sebanyak 15,670 unit. Dan turut mensasarkan jualan sebanyak 150 unit bagi Kia Optima serba baharu dan juga 150 unit untuk Sportage baharu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *