Petron Malaysia bakal menjual petrol RON100 di 8 buah stesennya mulai 15 Jan ini

By  |  0 Comments

Petron_Location

Baru-baru ini, Petron Malaysia telah mendedahkan menerusi laman Facebook mereka mengenai produk baharu yang bakal diperkenalkan pada 15 Januari ini. Ia merupakan bahan api Blaze bagi kenderaan prestasi tinggi, yang dikenali sebagai Petron Blaze iaitu petrol RON100.

Menerusi laman Facebook rasminya, Petron Malaysia turut mendedahkan Petron Blaze ini akan terdapat di lapan buah stesen minyaknya di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru terlebih dahulu.

Ia boleh didapati di stesen minyak Petron sekitar Lembah Klang iaitu di Petron Jalan Maarof, Petron Tol Sg. Besi (arah Selatan), Petron Taman Tun Dr. Ismail, Petron Kesas (arah Barat), Petron Batu 3 Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur) dan Petron Damansara Kayu Ara.

Manakala dua stesen minyak Petron di Johor Bahru turut terpilih untuk penjualan bahan api ini iaitu di Petron Tol Skudai Toll (arah Utara) dan Petron Linkedua (arah Selatan).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *