Great Wall M4 kini ditawarkan dengan waranti 7 tahun

By  |  1 Comment

Great_Wall_M4_seven-year_warranty-e1449118866149

Great Wall Motors telah mengumumkan baharu yang ditawarkan bagi waranti model M4 kini adalah selama tujuh tahun (tanpa perbatuan terhad). Tawaran ini adalah bermula dari 1 Disember 2015 hingga 30 Disember 2015 ini.

Great Wall M4 ini ditawarkan dengan tiga varian iaitu Standard, Comfort dan Premium. Harga yang ditawarkan bagi Great Wall M4 ini ialah bermula RM49,739 (termasuk insurans dan GST). Terbaru, kit badan Elite telah ditawarkan buat varian Premium dengan pertambahan harga sebanyak RM10,000.

Great Wall M4 merupakan SUV kompak yang dijanakan oleh enjin 1.5 liter 4-silinder sebaris DOHC Electronic Throttle VVT MPI Gasoline yang mampu memberikan kuasa sehingga 78 kW pada 6,000 rpm dan tork 138 Nm pada 4,200 rpm.

Terdapat dua pilihan transmisi iaitu automatik enam-kelajuan dan manual lima-kelajuan.

Bagi aspek keselamatan, M4 turut dilengkapi dengan ABS, EBD, Bantuan Brek (BA), dua beg udara SRS, dan Isofix. Namun tambahan bagi model transmisi auto, ia juga dilengkapi dengan Program Kestabilan Elektronik (ESP).

Sila baca pandu uji Great Wall M4 di sini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *