Perodua M-Team diperkenalkan untuk Semenanjung Malaysia

By  |  0 Comments

2015-perodua-m-team-mobile-services-001

Telah memperkenalkan perkhidmatan yang sama di Malaysia Timur pada tahun 2013, kini Perodua telah melebarkan lagi sayap pasukan servis bergerak ini ke Semenanjung Malaysia pula.

Lebih dikenali sebagai Perodua M-Team, ia memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan Perodua termasuk penyelenggaraan kenderaan dan penukaran alat ganti.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, “Ini merupakan salah satu inisiatif kami untuk memberikan kemudahan kepada para pelanggan. Perodua M-Team akan menjelalah Pantai Timur iaitu ke Kuala Berang, Ajil dan Paka mulai Januari 2016 untuk memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan yang sukar mendapat akses ke pusat servis Perodua.”

2015-perodua-m-team-mobile-services-007

Selain menyelenggara, Perodua M-Team ini juga bertindak sebagai penasihat teknikal dan melakukan pemeriksaan kenderaan. Dengan lori lima tan yang membawa empat kakitangan terlatih, tangki minyak terpakai, penjana kuasa 5 kWv, pemampat 5hp dan peralatan lain yang diperlukan termasuk alat ganti, Perodua M-Team akan bergerak ke satu destinasi ke destinasi yang dijadualkan.

Bagi mendapatkan perkhidmatan ini, para pemilik kenderaan Perodua boleh membuat temujanji dengan menghubungi talian 019-9954949 dari Sabtu hingga Rabu antara jam 8.30 pagi hingga 5.40 petang, dan Khamis pada jam 8.30am hingga 12.40 tengahari, mulai Januari ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *