Kenaikan harga tol PLUS, kerajaan belum buat keputusan – Fadillah

By  |  0 Comments

TOL SG RASAU2

Dua hari lalu, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah membuat kenyataan mengenai semua lebuhraya di bawah PLUS akan mengalami kenaikan sebanyak 5% bermula tahun hadapan. Walau bagaimana pun, ia akan dilaksanakan sekiranya mendapat kelulusan dari kerajaan.

Namun kadar tol Jambatan Pulau Pinang terkecuali dan ia sedia kekal sehingga 31 Disember 2018.

Semalam Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof turut mengeluarkan kenyaraan, tiada kenaikan secara automatik kadar tol untuk PLUS Highways kerana kerajaan belum membuat keputusan mengenai perkara ini, memetik laporan Bernama.

Bagi rundingan semula kadar tol baharu itu, sebuah jawatankuasa terdiri daripada pemegang kepentingan utama seperti Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan (MOF), Unit Kerjasama Awam Swasta Pejabat Perdana Menteri, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Peguam Negara, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS Highways Bhd akan ditubuhkan sebelum akhir tahun ini.

Fadillah berkata pada tahun 2013, kerajaan telah memberi jaminan bahawa kadar tol antara bandar akan dikurangkan secara beransur-ansur menjelang 2018 dan mengulangi bahawa kerajaan berhasrat untuk memenuhi janjinya.

TritonMediaDrive_123

Beliau juga mengesahkan bahawa PLUS Highways Bhd, yang dimiliki 51 peratus oleh UEM Bhd, 100 peratus syarikat Khazanah Malaysia di bawah MOF dan 49 peratus oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah merundingkan semula perjanjian konsesi yang memperuntukkan kenaikan tol lima peratus bagi setiap tiga tahun.

“Perjanjian konsesi PLUS Highways dirundingkan semula berdasarkan perjanjian konsesi sebelum ini yang membenarkan kenaikan 10 peratus kadar tol setiap tiga tahun seperti diputuskan di bawah Perdana Menteri sebelumnya.

“Apabila PLUS Highways Bhd dimiliki sepenuhnya oleh UEM Berhad dan KWSP pada 2011, perjanjian ini dirundingkan semula dan kenaikan tol dikurangkan kepada lima peratus setiap tiga tahun,” katanya.

Fadillah berkata kali terakhir kenaikan tol PLUS Lebuh Raya ialah pada 2005 dan sejak itu, kadar tol tidak dinaikkan walaupun perjanjian memperuntukkan kenaikan tol pada 2008 dan 2011.

“Kerajaan berjaya merundingkan semula dan telah memberi pampasan kepada PLUS Highways Bhd untuk memastikan kadar tol kekal sejak 10 tahun lalu,” katanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *