Toyota & Lexus naikkan harga antara 4% – 16% – UMWT

By  |  0 Comments

Toyota-Camry-2015-4

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan kenaikan harga bagi model Toyota dan Lexus iaitu antara 4% hingga 16%. Peningkatan harga ini hanya efektif mulai Januari 2016.

Peningkatan harga ini didorong oleh faktor penyusutan nilai mata wang Malaysia berbanding dollar USA. Asia yang sedang mengalami pertukaran mata wang asing lemah, turut menyaksikan kejatuhan Ringgit Malaysia hampir 20%.

Menurut kenyataan UMWT, “Pelaksanaan langkah strategik ini adalah bagi melindungi kepentingan pelanggan pada saat kejatuhan pertukaran mata wang dan kos tambahan telah diserap ke tahap tertentu sejak beberapa bulan lalu.”

Datuk Ismet Suki turut menambah, “Kita telah mencuba sedaya mungkin untuk meningkatkan harga seminima yang boleh. Namun kejatuhan mata wang ini memang memberikan impak yang besar dan melibatkan sejumlah kos yang terpaksa diserap. Sekiranya nilai Ringgit terus merudum pada masa akan datang, kita akan semak semula struktur harga.”

LexusES_Ext_40

Walau bagaimana pun, UMWT tetap akan optimistik mengenai peningkatan harga ini sekiranya ia tidak memberikan kesan besar terhadap jualan.

“Kami berhadapan dengan cabaran ini tetapi UMWT tetap yakin akan dapat menempuhinya. kami juga percaya keyakinan pelanggan akan berterusan terhadap kami,” tambah Datuk Ismet lagi.

Buat masa ini, UMWT belum mengeluarkan senarai harga jualan bagi setiap modelnya, namun dijangka model yang agak murah akan mengalami peningkatan harga yang lebih tinggi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *