Perodua Axia G dinaikkan harga sehingga RM990 mulai 1 Okt

By  |  0 Comments

Perodua_Axia_ 001

Perodua telah menaikkan harga atas jalan bagi model Axia 1.0 varian Standard G, untuk versi manual dan automatik. Harga baharu ini efektif mulai 1 Oktober.

Sebelum GST, harga bagi Axia G manual ialah RM29,637.16 (solid), sementara Axia G automatik pula RM32,637.15 (solid).

Manakala harga baharu pula ialah Axia G manual menjadi RM30,627.16 (solid), dan Axia G automatik pula RM33,627.15 (solid). Kedua-duanya menyaksikan peningkatan sebanyak RM990.

Manakala Axia G manual (metalik) pula RM31,027.15, dan auto (metalik) menjadi RM34,027.15.

Buat setakat ini, peningkatan harga yang diumumkan hanya melibatkan Axia 1.0 Standard G.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *