Proton bakal memperkenalkan Proton Pickup Concept – Dipamerkan di ALAMI Proton 2015

By  |  0 Comments

PROTON_LOGO

Tidak dinafikan Proton memang cukup aktif dalam menghasilkan model konsep. Terbaru, Proton bakal memperkenalkan model konsep pertama bagi pikapnya yang setakat ini dinamakan sebagai ‘Proton Pickup Concept’.

Ia bakal dipamerkan secara eksklusif di ALAMI Proton 2015 yang bakal berlangsung esok selama dua hari di Pusat Kecemerlangan Proton (COE) Shah Alam.

Infokereta.com telah melihatnya secara eksklusif, cuma fotonya hanya akan dapat dipaparkan pada hari pembukaan ALAMI Proton 2015 (masih embargo).

Proton Pickup Concept menampilkan imej yang agresif dan nampak garang. Bahagian hadapannya dipadankan dengan gril krom yang disambungkan pada lampu utama LED berbentuk melintang.

Bampar bawahnya yang juga sedikit tebal dilatari dengan kekemasan warna matte black. Ia juga menampilkan lampu kabus, cermin sisi bersama indikator dan dipadankan dengan tayar bersaiz 16-inci.

Bahagian belakangnya pula tertera melintang perkataan Proton dengan saiz yang cukup besar tetapi dipadankan dengan lampu yang begitu kecil.

Infokereta.com akan bercerita lebih lanjut mengenainya dan memaparkan foto-fotonya esok.

Untuk menyaksikan lebih dekat Proton Pickup Concept, jangan lupa berkunjung ke ALAMI Proton 2015.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *