ALAMI Proton 2015 : Peluang menangi Proton Iriz & Suprima S

By  |  0 Comments

Alami_Proton_-001

ALAMI Proton 2015 yang bakal berlangsung pada 3 hingga 4 Oktober ini dari jam 10 pagi hingga 7 malam di Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Lebuhraya KESAS, Shah Alam, menyediakan pelbagai tawaran dan aktiviti menarik.

Antaranya menawarkan pakej pemilikan menarik termasuklah rebat istimewa untuk model terpilih, kelulusan pinjaman segera untuk pembelian model Proton,kadar faedah serendah 1.99%, 100% skim kewangan bagi kakitangan kerajaan, tawaran hebat khas untuk graduan serta banyak lagi.

Selain itu, antara peluang yang harus direbut oleh para pengunjung dalam karnival ini ialah menangi Iriz dan Suprima S. Caranya, jangan lepaskan peluang untuk memandu uji mana-mana model Proton di karnival ini. Lebih banyak model Proton yang anda pandu uji, lebih banyak peluang anda untuk memenangi Iriz atau Suprima S ini.

Proton_Iriz_review_pandu_uji_-008

Bukan itu sahaja, banyak juga hadiah menarik yang akan ditawarkan termasuklah kamera digital, televisyen LCD dan banyak lagi.

Acara menarik lain yang turut menanti kedatangan pengunjung termasuklah peluang memandu uji model sedia ada Proton termasuk Saga, Persona, Preve, Suprima S, Exora dan Iriz.

Malah melalui ALAMI Karnival Proton 2015 ini, pengunjung berpeluang melawat pusat Pembangunan & Penyelidikan (R&D) Proton termasuk melihat sendiri proses pembangunan dan pembuatan sesuatu model.

Selain itu, pengunjung juga bakal disajikan dengan demostrasi model Proton dengan aksi Gymkhana, konsert artis terkenal serta beberapa acara untuk pengunjung cilik termasuk peraduan mewarna dan sebagainya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *