SPAD sita 9 kenderaan persendirian yang dijadikan teksi sapu

By  |  0 Comments

SPAD1

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menyita sembilan buah kenderaan persendirian yang dijadikan teksi sapu dalam operasi yang dijalankan semalam, menurut laporan The Star.

Ketua Penguatkuasa, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, lapan buah kereta yang disita itu adalah dari GrabCar dan satu dari Uber.

Beliau turut berkata, sehingga kini, SPAD telah menyita 43 kereta Uber dan 89 GrabCar.

Che Hasni turut menambah, sebanyak 145 kenderaan sebegini telah disita oleh SPAD sejak operasi teksi haram dijalankan pada Oktober tahun lalu. Ini termasuklah dari Blacklane dan EasyTaxi.

Memandangkan aplikasi Uber dan GrabCar tidak menyalahi undang-undang di negara ini, tetapi bagi pemandu yang tidak memiliki lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV), akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Tanpa lesen itu, ia tetap menyalahi undang-undang,” ujar Che Hasni.


Sumber foto : Facebook Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *