ETC akan dilaksanakan di semua plaza tol PLUS mulai 2017

By  |  0 Comments

TOL SG RASAU2

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan sistem kutipan tol elektronik (ETC) dapat dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara menjelang 2017, memetik laporan Bernama.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) LLM, Datuk Sr. Aziz Abdullah, walau bagaimana pun perubahan kaedah pembayaran kepada sistem tanpa tunai itu akan dilaksanakan secara berperingkat.

Katanya, pelaksanaannya akan dilakukan di lebuhraya di dalam bandar terlebih dahulu sebelum ia diaplikasikan secara berperingkat di lain-lain tempat mulai awal tahun hadapan.

“Saya jangka 2017 semua plaza tol di seluruh negara akan menggunakan sistem ETC ini dan ini sebenarnya dapat mengurangkan kesesakan lalulintas di plaza tol,” katanya.

Hari ini bersamaan 9 Septmber, mulai jam 12 tengahari sebentar tadi, sebanyak 12 plaza tol telah memulakan pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik menggunakan kad PLUSMiles, Touch ‘n Go atau SmartTag untuk transaksi bayaran tol.

Plaza tol yang terbabit ialah Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS); Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, PLUS; Plaza Tol Lunas, Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE); Plaza Tol Kubang Semang, BKE; Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Selain itu, ia turut membabitkan Plaza Tol Bentong, KLK; Plaza Tol Dato’ Keramat, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH); Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE); Plaza Tol Sentul Pasar, DUKE; Plaza Tol Batu, DUKE dan Plaza Tol Lebuhraya SMART.

Dalam masa yang sama, Aziz turut menasihat pengguna agar sentiasa menyemak baki kredit kad prabayar masing-masing sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan di plaza tol.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohd Fuad Khusairi berkata ketika ini sebanyak 14 daripada 92 plaza tol miliknya telah melaksanakan sistem ETC manakala bakinya masih menggunakan sistem tol tertutup.

Selain itu, empat lagi plaza tol turut melaksanakan sistem ETC sepenuhnya di Kubang Semang, Pulau Pinang; serta Lunas, Jitra dan Bukit Kayu Hitam di Kedah mulai pukul 12 tengah hari ini.

Katanya pelaksanaan ETC sepenuhnya di Jambatan Pulau Pinang dijangka dapat melancarkan 30 hingga 50 peratus kesesakan trafik di laluan itu.

TritonMediaDrive_132

Mohd Fuad berkata sebanyak 82,000 kenderaan menggunakan Jambatan Pulau Pinang setiap hari dan sebelum pelaksanaan hari ini, 90 peratus daripadanya sudah menggunakan ETC.

“Mengikut rekod, penggunaan SmartTAG mampu mencatatkan 1,200 transaksi dalam tempoh satu jam berbanding tunai yang hanya mencatatkan 400 transaksi manakala kad PLUSMiles dan Touch ‘n’ Go pula mencatatkan 550 transaksi bagi tempoh sama,” katanya.

Beliau berkata PLUS juga membelanjakan hampir RM10 juta bagi menyerap kos promosi dan rebat yang diberikan di semua lima plaza tol berkenaan bermula 1 Sept hingga 31 Dis ini.

Katanya PLUS turut menawarkan 20 peratus rebat kepada pembeli kad Touch ‘n’ Go baharu yang melalui kelima-lima plaza tol berkenaan sehingga 31 Dis ini.

Sementara itu, katanya aliran trafik berjalan lancar dan tiada kesesakan di lima plaza tol berkenaan terutama di Jambatan Pulau Pinang selepas pelaksanaan sistem ETC.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *