IIMS 2015 : Kia Picanto facelift tidak banyak perubahan

By  |  0 Comments

Kia-Picanto-Facelift-1

Awal Mac lalu, Kia telah mempertontonkan model Kia Picanto facelift di Geneva selepas melancarkannya di Korea Selatan dua bulan sebelum ini.

Kali ini, ia dibawa pula ‘terbang’ ke Indonesia untuk dipamerkan di Indonesia International Motor Show 2015 yang sedang berlangsung.

Walau pun hanya diberikan suntikan gaya yang minimal, terhad pada bahagian hadapan dan belakang>. Di mana bampar hadapannya kelihatan lebih bulat, gril diposisikan sedikit bawah dan besar dan lampu kabus dengan unit projektor. Malah gril atasnya ‘hidung harimau’ dibentukkan semula serta ditampilkan dengan kekemasan hitam berkilat.

Pada bahagian belakang pula, bampar, lampu kabus dan lampu undur turut dibentuk semula untuk diperkemaskan. Kekemasan hitam berkilat turut menjadi pilihan. Menyerlahkan lagi gaya Picanto ini ialah dengan pemilihan rim aloi dua-tona bersaiz 14-inci.

Kia-Picanto-Facelift-6

Bahagian kabin juga tidak banyak perubahan, melainkan kluster instrumen yang sedikit diubah dengan kekemasan perak dan grafik pada meter juga sedikit berbeza. Malah kawalan audio pada stereng juga diubah semula. Corong udara juga menerima kekemasan perak yang lebih menarik.

Tiada perubahan pada bahagian mekanikalnya, ia masih dijanakan oleh enjin 1.25 liter Kappa II Dual CVVR yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 87 PS dan tork 120 Nm. Juga dipadankan dengan kotak gear manual lima-kelajuan dan automatik empat-kelajuan.

Namun bagi spesifikasi tertinggi iaitu varian Platinum, ia dihadirkan dengan lampu utama halogen projektor, lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin.

Bagi aspek keselamatannya, ia ditawarkan dengan dua beg udara, ABS dan EBD.

Bagi pasaran Indonesia, Kia Picanto Platinum ini dijual pada harga 187 juta rupiah (RM56,000), 15juta rupiah (RM4,500) lebih dari varian standard A/T dan lebih 29 juta rupiah (RM8,700) berbanding varian standard M/T.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *