Kia Picanto facelift terima sedikit suntikan kosmetik

By  |  0 Comments

Kia-Picanto-2015-1

Pada awal Januari lalu, Kia telah melancarkan model Picanto facelift di negara kelahirannya, Korea Selatan.

Semalam, ia telah dipertontonkan secara global di Geneva Motor Show, menyertai model konsep SPORTSPACE dan cee’d GT Line. Kia Picanto ini telah menerima sedikit suntikan kosmetik bagi memberikan imej yang lebih segar. Ia juga didatangkan dengan pek pilihan bagi luaran yang lebih sporty untuk model 3- dan 5-pintu.

Tarikan utama yang ditonjolkan bagi ruang dalaman Picanto ini ialah kehadiran sistem navigasi audio video (AVN) dengan skrin paparan sesentuh 7-inci.

Selain itu, elemen lain yang turut diberi penambah baikan termasuklah pengehad kelajuan, kawalan kelajuan, tema warna baharu bagi kabin, upholstery baharu dan kekemasan krom pada corong udara dan ruang instrumen.

Kia-Picanto-2015-8

Kia Picanto ini turut ditampilkan dengan rim aloi baharu bersaiz 14-inci dengan pilihan brek hadapan yang lebih besar bersaiz 252mm berbanding cakera 241mm.

Malahan ia juga telah diberikan enjin 1.0 MPI dengan kuasa 69 Hp yang memenuhi piawaian Euro 6.

Setelah dipasarkan di Korea Selatan, Kia Picanto facelift ini juga dijangka akan dilancarkan untuk pasaran Eropah pada penghujung bulan ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *