Sistem MLFF akan dilaksanakan pada tahun 2018 – Datuk Fadillah Yusof

By  |  0 Comments

TOL SG RASAU2

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) akan dilaksanakan di semua plaza tol di negara ini pada 2018, memetik laporan Bernama

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, perbincangan akan diadakan dengan beberapa kementerian dan agensi mengenai perkara ini bagi memastikan kelancaran operasi sistem itu.

Katanya, “Dari sekarang hingga tahun depan, perbincangan di antara kementerian dan agensi terlibat akan dilakukan bagi menghasilkan perjanjian mengenai isu ini termasuk pindaan kepada undang-undang berkaitan.”

Contoh MLFF

Contoh MLFF

Walau bagaimana pun ia memerlukan penyelarasan di antara kementerian, agensi termasuk Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, polis dan pemegang konsesi lebuh raya, bagi menggunapakai sistem itu.

Tambahnya lagi, ia memerlukan sistem yang konsisten dan tidak membebankan orang ramai terutama pengguna lebuh raya. Menerusi sistem itu, bayaran menggunakan lebuh raya dibuat secara elektronik menggunakan tag khas ketika kenderaan melalui plaza tol.

Dalam masa yang sama, Fadillah turut mencadangkan kereta baru yang didaftarkan di Malaysia dipasang dengan Pengenalan Frekuensi Radio untuk memudahkan penggunaan sistem itu nanti.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *