Tol percuma di LDP & diskaun 20 sen di Sprint sempena Merdeka 2015

By  |  0 Comments

LDP

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, telah mengumumkan tol percuma untuk pengguna Lebuhraya Damansara Puchong sempena Hari Kebangsaan 2015. Ia akan bermula pada pukul 12 tengah malam sehingga 11.59 malam pada 31 Ogos.

Bukan itu sahaja, syarikat konsesi yang mengendalikan Lebuhraya Sprint turut mengesahkan diskaun 20 sen turut akan diberikan kepada para pengguna yang melalui lebuh raya berkenaan juga pada Hari Kebangsaan 2015 iaitu tarikh dan tempoh masa yang sama.

Tol percuma dan diskaun tersebut akan diberikan kepada semua kelas kenderaan yang melibatkan 1.96 juta pengguna dan RM3.12 juta jumlah subsidi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *