Ford Malaysia bakal lancar 3 lagi model baharu sebelum 2015 berakhir

By  |  0 Comments

2015 Ranger XLT 4x4 Front 3qtr highlight silver

Ford Malaysia menerusi Sime Darby AutoConneXion (SDAC) bakal melancarkan tiga model baharu sebelum tahun 2015 berakhir tidak lama lagi. Bukan itu sahaja, dua lagi model baharu juga bakal dilancarkan pada awal tahun 2016.

Bagi suku keempat tahun ini, tiga model yang bakal dilancarkan ialah Ford Ranger T6 facelift yang mungkin dipasaran pada Oktober/November ini dan Everest generasi kedua juga dikhabarkan akan tiba dalam jangkaan yang lebih kurang sama. Manakala model ketiga yang bakal tiba ialah S-Max.

Menurut sumber dari SDAC, harga bagi Ranger facelift akan naik sedikit dalam 3% berbanding model sedia ada. Manakala harga bagi Everest pula masih belum mendapat ketetapan muktamad, namun kemungkinan antara RM180k bagi versi 2.2L dan RM230k-RM240k untuk 3.2L.

Ford-Everest-01

Dalam masa yang sama juga, SDAC turut mengesahkan model S-Max generasi kedua pula akan tiba di pasaran Malaysia pada November ini.

Memperhebatkan lagi langkah SDAC bagi pasaran Malaysia, jentera penuh boombastik, Mustang, pula akan tiba pada awal 2016. Harganya pula akan mengalami peningkatan sebanyak 5% berbanding model sebelum ini.

2015_Ford_Mustang_Malaysia_ 010

Menambahkan lagi berita gembira ialah model Focus generasi ketiga dengan varian sedan dan hatchback juga akan berada di Malaysia tidak lama lagi. Ia bakal dijanakan oleh enjin 1.5 liter EcoBoost (sama seperti Kuga 2015) bagi menggantikan enjin 1.6 liter dan 2.0 liter.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *