Chevrolet memperkenalkan Colorado Midnight Edition & Colorado Z71 Trail Boss 2016

By  |  0 Comments

Chevrolet

Chevrolet telah menambah varian bagi model Colorado 2016 dengan memperkenalkan Midnight Edition dan Z71 Trail Boss versions.

Selepas melancarkan model Silverado Midnight Edition, Chevrolet telah memberikan suntikan yang lebih segar buat dua varian berkenaan yang kelihatan macho dan agresif.

Chevrolet_Colorado_Midnight_Edition_2

Dengan tema gelap pada gril, bowtie emblem dan rim aloi bersaiz 18-inci berwarna hitam turut menyerlahkan lagi imej varian ini. Ia juga dilengkapi dengan spray-on bedliner, pelindung ruangan kargo dan sill plates yang menampilkan logo Chevrolet.

Kedua-duanya ditampilkan dengan versi 2WD dan 4WD dengan pilihan enjin 2.5L dan 3.6L.

Chevrolet_Colorado_Z71_Trail_Boss_4

Bagi varian Colorado Z71 Trail Boss, ia turut didatangkan dengan perumah bar sporty baharu bagi pencahayaan LED dan rim aloi bersaiz 17-inci berwarna hitam yang dibaluti tayar Goodyear Wrangler DuraTec 265/65R17 yang sesuai untuk semua keadaan jalan. Ia turut menampilkan pemijak bantuan tiub, dapra yang lebih lebar, bowtie grille emblem hitam, spray-on bedliner dan karpet lantai.

Kedua-dua varian ini dijadualkan bakal dijual mulai musim luruh ini namun masih belum mengesahkan soal harganya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *