Mitsubishi Pajero Sport 2016 lebih mantap – Bakal dipasarkan di Thai terlebih dahulu

By  |  0 Comments

Mitsubishi_Pajero_sport_2016_69

Selepas pendedahan demi pendedahan menerusi Internet, akhirnya Mitsubishi Pajero Sport 2016 telah didedahkan secara rasminya pada 1 Ogos lalu.

SUV ini ditampilkan dengan rekaan hadapan baharu Mitsubishi iaitu “Dynamic Shield” seperti mana model facelift Outlander Sport dengan lampu utama yang lebih nipis disambung pada lampu nyalaan siang LED. Lampu kabusnya pula diposisikan sedikit bawah pada bahagian bampar.

Manakala profile sisi pula kelihatan biasa-biasanya. Manakala kedudukan lampu belakang yang menegak mungkin mampu menyerlahkan lagi imej sporty SUV ini. Di mana kluster lampu belakang pula diinspirasi dari model konsep GR-HEV yang pernah dipertontonkan di Geneva Motor Show 2013 lalu.

Menjengah bahagian kabinnya, ia kelihatan sedikit besar dan ditampilkan dengan tempat duduk balutan kulit yang lebih selesa. Bahagian papan pemukanya pula dihiasi dengan kekemasan hitam berkilat, selain ia turut menampilkan brek parkir elektrik.

Mitsubishi Pajero Sport 2016 ini didatangkan dengan enjin 2.4 liter MIVEC turbodiesel yang dipadankan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan yang baru dibangunkan khas untuk model ini. Walau bagaimana pun kuasa dan tork bagi SUV ini belum didedahkan lagi, namun difahamkan ia antara 154 PS/380 Nm dan 181 PS/430 Nm.

Bakal mula dijual di Thailand tidak lama lagi sebelum memasuki pasaran Australia, negara ASEAN, Timur Tengah, Afrika, Amerika Latin dan Rusia dengan jumlah pasaran yang disasarkan ialah 90 buah negara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq pkv games pkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq