Pengguna ke Terengganu boleh membayar tol di LPT 2

By  |  0 Comments

LPT2_2

Bagi pengguna yang melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) untuk ke Terengganu kini boleh membayar tol di mana-mana plaza tol di LPT 2 sempena hari raya ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Ir Rosli Othman, langkah ini dilaksanakan bertujuan untuk mengelakkan kesesakan di Plaza Tol Jabor setiap kali tibanya musim perayaan, memetik laporan Bernama.

Di mana pengguna lebuh raya masih dikenakan kadar yang sama sehingga LPT Laluan Jabor untuk ke Terengganu walaupun membayar di Plaza Tol LPT 2.

“LPT pada masa sekarang adalah di bawah pentadbiran MTD Prime manakala LPT 2 pula masih di bawah seliaan Lembaga Lebuh Raya Malaysia dan JKR. Ia mempunyai dua sistem yang berbeza dan akan diselaraskan tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata kesemua plaza tol di LPT 2 sudah pun mula beroperasi dan pengguna hanya perlu mengambil tiket tanpa perlu membayar tol kerana masih lagi dalam peringkat ujian sistem.

Beliau berkata pada masa sekarang, kerja-kerja penambahbaikan LPT2 masih lagi berjalan dan ia tidak mengganggu kelancaran perjalanan pengguna untuk pulang berhari raya.

“Kerja-kerja membaiki jalan yang rosak sedang dilakukan dan kerja pembinaan akan terus berjalan sehingga siap. Bagaimanapun kerja-kerja ini tidak mengganggu kelancaran trafik di sepanjang lebuh raya ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, pihaknya juga akan melakukan pemantauan dengan meletakkan anggota penguatkuasa seperti polis dan peronda lebuh raya bagi memastikan pengguna yang pulang untuk bercuti mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *