Volvo Malaysia anjur peraduan ‘Balik Kampung’ – Peluang pandu uji selama 8 hari

By  |  0 Comments

Volvo Balik Kampung

VOLVO Car Malaysia Sdn. Bhd. menganjurkan peraduan ‘Balik Kampung’ mulai 1 Jun lalu dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang memiliki Kad Pengenalan atau Pasport yang sah dan bermastautin di Malaysia, berumur 18 tahun ke atas pada 1 Januari 2015 dan memiliki lesen memandu Malaysia yang sah.

Peraduan ini dianjurkan bagi memberikan mesej pemanduan selamat sempena Hari Raya yang akan tiba pertengahan Julai ini. Malah Volvo yang terkenal dengan pelbagai elemen dan teknologi terkini termasuk bagi aspek keselamatan mahu jadi perantaran bagi menyampaikan mesej yang penting buat para pemandu.

Seperti mana klip video di atas ini, ia menggambarkan seorang pemuda yang bernama Stofa, yang ingin pulang ke kampung halamannya dengan membawa sebiji durian. Sebelum memulakan pemanduan, objek yang menyerupai rambut berkaca mata ‘keluar’ dari papan pemuka dan memberikannya amaran supaya menyimpan durian tersebut di ruang storan. Malah turut memberikan ‘syarahan’ tentang teknologi penting yang ditampilkan pada model Volvo V40 yang dipandunya, termasuk mod “prestasi” dan juga aspek keselamatan lain termasuklah Sistem Pemantauan Titik Buta dan Amaran Lintasan Trafik.

Untuk menyertai Peraduan ini, peserta perlu melayari laman www.nasihatvolvo.com dan kemukakan teguran atau nasihat perjalanan daripada ibu masing-masing dengan hashtag #NasihatVolvo. Hanya dengan hashtag yang betul di Facebook, Twitter dan Instagram sahaja diambil kira sebagai platform.

Malah peserta digalakkan untuk membuka profil media social mereka (bukan dalam ‘Private’) selama tempoh peraduan untuk memudahkan sebarang perhubungan. Di mana para peserta turut digalakkan berkongsi penyertaan mereka menerusi platform yang dinyatakan itu.

Hanya lima pemenang akan dipilih berasaskan tahap kreativiti teguran atau nasihat yang dikemukakan dan akan dimaklumkan pada penghujung tempoh peraduan melalui laman Facebook VOLVO Car Malaysia. Di mana setiap pemenang hadiah utama ini akan dipinjamkan sebuah kereta Volvo selama lapan hari untuk dipandu uji.

Model pandu uji yang terbabit ialah XC60 T6, XC50 T5, V40 T4, V40 T5 dan V40 Cross Country. Bukan itu sahaja, perbelanjaan untuk balik kampung dengan memandu kenderaan terbabit (lokasi hanya di Semenanjung Malaysia sahaja) akan diberikan iaitu berupa kad Touch & Go bernilai RM150 dan kad petrol bernilai RM300.

Selain itu, lima hadiah saguhati juga akan ditawarkan untuk pemenang saguhati yang berupa satu ‘goodie bag’ bernilai RM300 setiap seorang.

Tarikh tutup peraduan ini ialah pada 22 Jun 2015. Maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila layari laman web yang tertera di atas.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *