Art of Speed 2015 meriah!

By  |  0 Comments

Memasuki tahun keempat penganjurannya, Art of Speed (AOS) 2015 telah pun berlangsung dengan meriah pada hujung minggu lalu. Pameran kenderaan klasik, Old Skool dan kostum ini telah berlangsung selama dua hari mulai 6 Jun di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.

Dengan slogan ‘Meraikan Seni Dalam Budaya Automotif’, AOS 2015 ini menfokus kepada keserasian budaya dan seni, telah menarik ribuan pengunjung terutamanya yang meminati elemen yang diketengahkan. Pelbagai acara menarik telah dijalankan termasuklah pertandingan ‘Bike Built-Off 2015’ iaitu ‘pertarungan’ khas dari para pembina motosikal kostum serta banyak lagi.

Malah pembina kenderaan kostum dari negara jiran termasuk Thailand, Jepun dan Indonesia turut mengambil bahagian dengan mempamerkan penghasilan masing-masing. Ada di antara mereka ini telah memenangi beberapa anugerah dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa serta popular di kalangan penggemar kenderaan kostum ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *