2013 tahun bertuah bagi ETCM Nissan

By  |  0 Comments

Nissan Almera_Rear View 1

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah mengumumkan jualan tertingginya dengan 51,875 unit pada tahun 2013, iaitu 48% lebih tinggi berbanding tahun 2012. Dengan jumlah jualan yang memberangsangkan ini, Nissan mengekalkan kedudukan di tangga kedua dalam segmen kenderaan bukan nasional.

Menurut Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ David Chen berkata, “2013 merupakan tahun penting yang penuh dengan cabaran buat ETCM ketika kami terus berkembang. Ini merupakan tahun kedua Nissan berada pada kedudukan No. 2 dalam segmen kenderaan bukan nasional. Kami berbesar hati apabila mengetahui bahawa Nissan adalah jenama yang diterima baik kerana kreadibiliti dan boleh dipercayai di Malaysia.”

Jualan memberangsangkan ETCM diterajui oleh permintaan kukuh terhadap Nissan ALMERA. Ia mewakili 57% daripada jualan keseluruhan Nissan iaitu sebanyak 29,647 unit di Malaysia tahun lalu. Sejak dilancarkan pada 2012, ETCM telah menjual lebih 35,000 unit Nissan ALMERA. Ia ditawarkan pada harga yang berpatutan bermula dari RM66,800.

2013 juga menjadi tahun yang signifikan buat ETCM menerusi pelancaran MPV hibrid pertama iaitu Nissan Serena S-Hybrid dan kereta elektrik 100% Nissan LEAF, di samping pencapaian-pencapaian lain. Dengan pelancaran Nissan Serena S-Hybrid dan Nissan LEAF, portfolio produk Nissan telah dikembangkan daripada kenderaan yang dikuasakan oleh Enjin Pembakaran Dalaman (ICE), Kenderaan Elektrik Hybrid (HEV), sehinggalah Kereta Elektrik (EV) yang meliputi model sedan, MPV, trak pikap 4×4, SUV dan kenderaan komersial.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *