Lexus NX terlibat dengan kempen panggilan semula bagi menggantikan ABS Actuator

By  |  0 Comments

NX300h_Ext_02

Toyota Motor Corporation (TMC) telah memulakan kempen servis khas bagi menggantikan ABS Actuator untuk semua model Lexus NX.

Actuator atau penggerak bagi ABC yang mengawal sistem ABS, Kawalan Cengkaman (TRAC) dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) ini perlu ditukar kerana kemungkinan komponen tersebut rosak semasa proses pemasangannya, memungkinkan terdapat serpihan kecil yang terperangkap di dalam penggerak terbabit.

Jika perkara ini berlaku, kawalan tekanan minyak mungkin akan lambat beroperasi apabila ABS diaktifkan, menyebabkan kemungkinan kenderaan akan hilang daya kestabilan dan kebarangkalian mampu menyebabkan risiko kemalangan.

UMW Toyota Motor telah pun menerima pengesahan daripada pihak TMC mengenai perkara ini dan terdapat 255 unit Lexus NX yang diproduksi dari November 2014 hingga Mac 2015 terlibat dalam kempen panggilan semula ini di Malaysia.

Sehubungan itu, pihak UMW Toyota Motor akan menghubungi semua pelanggan yang terbabit untuk mmastikan mereka membawa model NX masing-masing ke pusat servis Toyota bertauliah bagi tujuan pemeriksaan dan penggantian komponen terbabit. Tiada sebarang caj akan dikenakan terhadap pemilik NX yang terbabit.

Setakat ini, UMW Toyota Motor turut mengesahkan lain-lain model Lexus tidak terbabit dalam kempen ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *