Galeri : Peugeot 508 THP bakal dilancarkan hujung bulan ini

By  |  0 Comments

508_TTDI_Ext_02

Peugeot 508 THP dijadual bakal dilancarkan pada penghujung bulan ini. Namun ia telah pun berada di bilik pameran Peugeot di seluruh negara.

Jika sebelum ini, Infokereta.com menyiarkan galeri 508 GT yang berkuasa turbodiesel, kali ini kami memaparkan pula varian 508 THP pula.

Melihat varian ini secara lebih dekat, lampu LED adaptif dengan bentuk baharu ditampilkan, malah gayanya turut menyerlah dengan kehadiran gril trapezoidal krom yang lebih nipis, disambungkan pada logo singa (sebelum ini ia terletak pada bahagian hujung bonet) dan corong udara juga berbentuk baharu. Ia disambungkan pada lampu nyalaan siang LED.

Namun ia masih mengekalkan saiz rim iaitu 18-inci yang sebelum ini ada pada varian premium.

508_TTDI_Ext_15

Pada bahagian belakangnya pula, lampu LED dengan rekaan yang telah diperkemaskinikan menyerlahkan lagi gayanya. Bampar belakang berwarna hitam juga kelihatan lebih lebar berbanding sebelum ini. Paip ekzosnya juga kelihatan tersembunyi dek kehadiran bar krom yang turut menjadi bingkai pada reflektor.

Menjengah bahagian kabinnya, tidak banyak perubahan besar yang ditampilkan. Jika model sebelum ini turut ditampilkan dengan kawalan umpama iDrive untuk paparan di bahagian tengah, namun kini ia telah digantikan dengan alat kawalan biasa. Selain itu, ia turut ditampilkan dengan skrin paparan sesentuh bersaiz tujuh-inci yang turut berfungsi sebagai alat kawalan termasuk bagi audio.

508_TTDI_Int_20

Elemen standard yang turut dikekalkan termasuklah kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, lampu dan bilah pengilap cermin auto, tempat duduk balutan kulit upholstery, pelarasan automatik tempat duduk hadapan, empat-zon kawalan suhu automatik, navigasi, paparan unit kepala berwarna, sistem bunyi JLB dengan 10-pembesar suara dan tirai suria manual.

Bagi aspek keselamatan, ia tetap sama seperti model dahulu iaitu enam beg udara, ABD dengan EBD, bantuan brek, kawalan kestabilan, bantuan mula mendaki dan ISOFIX.

Peugeot 508 THP ini dijanakan oleh enjin 1.6 liter THP turbocharged empat-silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 163 hp pada 6,000 rpm dan tork setinggi 240 Nm antara 1,400 hingga 4,250 rpm. Kuasanya disalurkan dari roda hadapan menerusi transmisi automatik enam-kelajuan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *