Proton Inspira ditamatkan produksi

By  |  0 Comments

proton-inspira-850x446

Sumber yang diterima ini sahih mengesahkan produksi bagi Proton Inspira telah pun ditamatkan secara rasmi. Walau bagaimana pun, bagi yang berminat untuk memilikinya, terdapat beberapa unit yang masih berada di dalam stok jualan.

Proton Inspira mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2010. Sehingga ini, terdapat tiga varian yang ditawarkan iaitu 1.8 MT Executive dan diikuti dengan 2.0 Executive serta 2.0 Premium (yang kedua-duanya merupakan transmisi CVT).

Ia dijual pada harga RM77,820 bagi 1.8, 2.0 Executive pula berharga RM84,365 dan 2.0 Premium pula RM91,586.

Pada Januari tahun lalu, Inspira Super Premium telah diperkenalkan. Ia dilengkapi dengan rim aloi R3 bersaiz 18 inci dan kit badan R3 termasuklah front splitter, skirt sisi, rear apron dan spoiler belakang. Imej luarannya dicantikkan dengan R3 Sport Spring dan pelekat R3 ‘Blood Stripe’. Inspira Super Premium ini dijanakan oleh enjin 2.0 dengan padanan kotak gear CVT.

Proton Inspira Super Premium

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *