Galeri : Volkswagen Jetta edisi terhad sudah muncul di bilik pameran – Lancar Khamis ini

By  |  0 Comments

Volkswagen_Jetta_IK 011

Hujung April yang lalu, Volkswagen Group Malaysia (VGM) telah mula mempamerkan model edisi terhad bagi Jetta di semua bilik pamerannya. Walau ada sesetengah pengedar VW yang menggelarkannya sebagai “Edisi Sport”, ternyata penampilannya yang sedikit sporty dengan beberapa pertambahan kit badan Volkswagen Zubehör yang asli iaitu skirt sisi, spoiler belakang dan spoiler pada bonet.

Jetta edisi terhad ini juga ditampilkan dengan rim aloi lima-jejari “Silex” bersaiz 17-inci yang dibaluti tayar 225/45 Goodyear Assurance TripleMax. Ia juga hadir dengan pakej lengkap cermin gelap Ecotint.

Selain itu, Jetta edisi terhad ini juga didatangkan dengan unit skrin sesentuh Blaupunkt Philadelphia 835 bersama navigasi.

Jetta edisi terhad bakal dilancarkan pada petang Khamis ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *